Assalamualaikum.......
Hey u all, right now, I really have a good time to update my one week travel to Korea. Maaf, kerana sejak kebelakangan ni saya amat sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Maklumlah seminggu tinggal kuliah, memang banyak la keje kena buat. Saya kurang bercerita mengenai pengalaman saya ke Korea melainkan ada yang bertanya. Macam yang saya katakan sebelum ini, pengalaman ni memang susah nk cerita sebab saya xtau nk mula dari mana. Bila bercerita, semua nak keluar jadi saya lebih suka menulis dan saya tahu anda suka membaca kan? huhuhuhuhu.
Panduan:
Sepanjang penulisan saya ini, saya mungkin menggunakan perkataan "kami" bermaksud perjalanan ni melibatkan saya dan rakan-rakan.
Anyway, kami telah berangkat ke Korea Selatan pada 20 Mac 2013 jam 8.50 pagi. Perjalanan ke Korea mengambil masa lebih kurang 8 jam dan dijangka tiba pada pukul 4.30 petang. Sejak berita tentang kepulangan saya dari Korea tersebar luas antara kawan-kawan, ramai yang bertanyakan soalan ini kepada saya:
" Berapa harga tiket ke Korea? Mahal tak? "
Haaaaa, saya tahu ramai yang nak pegi Korea kan? Sejujurnya, harga tiket ke Korea agak mahal tapi disini saya akan berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan harga tiket ke Korea dengan harga yang berpatutan. Saya pasti ramai di antara kita yang juga tahu tentang perkara ini. Remainder!!!! Saya bukan la pekerja atau anak saudara mana-mana pemilik syarikat penerbangan. Huhuhuhu.
AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang menjadi pilihan kami ke Korea. Sememangnya, AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah dan bertepatan dengan temanya " Now Everyone Can Fly". Untuk makluman semua, AirAsia selalu buat promosi tidak kira ke mana sahaja negara yang kita nak pergi. Antara tipsnya:
Pertama: Kalau anda berkeinginan melawat negara-negara orang, kena la rajin tengok laman utama AirAsia. AirAsia memang akan buat promosi untuk perjalanan 2-3 bulan akan datang.
Kedua: Buat perancangan dengan teliti terutama tarikh perjalanan. Pastikan tarikh tersebut sesuai dengan masa anda. Maksudnya, tarikh yang anda pilih tu bukanlah pada waktu sekolah, waktu kerja atau waktu-waktu yang menghalang anda untuk pergi melancong. Anyway, carilah masa yang sesuai untuk membolehkan anda melancong bersama orang tersayang. Huhuhu
Ketiga: Tips ketiga ni saya kurang pasti tetapi mengikut pengalaman saya sebelum-sebelum ni, AirAsia selalu buat promosi (harga tiket turun) pada tengah malam. So, xkisah la bersengkang mata pun untuk beli tiket asalkan dapat pergi dengan tiket murah. Dan kalau ade tiket murah, teruslah beli. Jangan bertangguh lagi. Sebab itu, saya kata anda perlu buat perancangan sebaik-baiknya tentang tarikh, siapa yang nak pergi dsb. Kemungkinan, anda tidak akan dapat harga semurah itu pada keesokan harinya. So, grab it!!!
Macam saya hari tu, harga tiket ke Korea plus minus RM700 pergi balik. Ok la tu kan? Memandangkan kami pergi ramai, xsemua dapat harga yang sama. Sometimes, orang yang ke-6 ke atas akan dapat harga mahal sedikit dari orang yang sebelumnya. Itulah perniagaan....huhuhuhu. Oh ya, harga tiket tidak termasuk harga luggage dan makanan dalam flight ye. Perlu atau tidak kedua-dua ini? Ya, mestilah perlu.
Ok, habis pasal tiket. Maaf, sekiranya tips saya tu kurang betul atau mungkin anda ade tips yang lebih bagus dan menarik tetapi itulah pengalaman saya sebanyak 2 kali sebagai orang yang menempah tiket....
Soalan kedua yang ditanya:
" Mahal tak barang-barang dekat sana ? Matawang Korea macamana? "
Matawang Korea agak tinggi berbanding matawang Malaysia.
1000 Won = RM 2.92
![]() |
| 10,000 won bersamaan lebih kurang RM30 |
Barang-barang dekat Korea memang mahal, paling mudah saya bagi contoh adalah air susu pisang ni:
Harganya KRW 1,200 bersamaan lebih kurang RM 3.60. Mahal la kan? Harga sebotol air mirinda starwberry pun xsampai 2 ringgit. Kalau kita makan dekat sana, sekurang-kurangnya u all spend RM 45 (KRW 15,000) untuk sekali makan. Kalau stay dekat sana seminggu, alamatnya habis la duit....Jadi, bagaimana kami menikmati juadah di Korea dalam keadaan yang serba mahal ni ? Saya akan ceritakan dalam entri seterusnya......tunggu ye.
Ok lah, sampai disini dlu. Saya akan sambung cerita mengenai Korea dalam next entry....
Regards
NSM

