Me, Myself and I

My photo
Bandar Seri Iskandar, Perak, Malaysia
I'm just a simple person that always want to learn, ready to learn and share what i have learn with others

11 April 2013

Korea: Permulaan Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum.......

Hey u all, right now, I really have a good time to update my one week travel to Korea. Maaf, kerana sejak kebelakangan ni saya amat sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar. Maklumlah seminggu tinggal kuliah, memang banyak la keje kena buat. Saya kurang bercerita mengenai pengalaman saya ke Korea melainkan ada yang bertanya. Macam yang saya katakan sebelum ini, pengalaman ni memang susah nk cerita sebab saya xtau nk mula dari mana. Bila bercerita, semua nak keluar jadi saya lebih suka menulis dan saya tahu anda suka membaca kan? huhuhuhuhu.

Panduan: 
Sepanjang penulisan saya ini, saya mungkin menggunakan perkataan "kami" bermaksud perjalanan ni melibatkan saya dan rakan-rakan. 

Anyway, kami telah berangkat ke Korea Selatan pada 20 Mac 2013 jam 8.50 pagi. Perjalanan ke Korea mengambil masa lebih kurang 8 jam dan dijangka tiba pada pukul 4.30 petang. Sejak berita tentang kepulangan saya dari Korea tersebar luas antara kawan-kawan, ramai yang bertanyakan soalan ini kepada saya:

" Berapa harga tiket ke Korea? Mahal tak? "

Haaaaa, saya tahu ramai yang nak pegi Korea kan? Sejujurnya, harga tiket ke Korea agak mahal tapi disini saya akan berkongsi beberapa tips untuk mendapatkan harga tiket ke Korea dengan harga yang berpatutan. Saya pasti ramai di antara kita yang juga tahu tentang perkara ini. Remainder!!!! Saya bukan la pekerja atau anak saudara mana-mana pemilik syarikat penerbangan. Huhuhuhu. 

AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang menjadi pilihan kami ke Korea. Sememangnya, AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah dan bertepatan dengan temanya " Now Everyone Can Fly". Untuk makluman semua, AirAsia selalu buat promosi tidak kira ke mana sahaja negara yang kita nak pergi. Antara tipsnya:

Pertama: Kalau anda berkeinginan melawat negara-negara orang, kena la rajin tengok laman utama    AirAsia. AirAsia memang akan buat promosi untuk perjalanan 2-3 bulan akan datang.

Kedua: Buat perancangan dengan teliti terutama tarikh perjalanan. Pastikan tarikh tersebut sesuai dengan masa anda. Maksudnya, tarikh yang anda pilih tu bukanlah pada waktu sekolah, waktu kerja atau waktu-waktu yang menghalang anda untuk pergi melancong. Anyway, carilah masa yang sesuai untuk membolehkan anda melancong bersama orang tersayang. Huhuhu

Ketiga: Tips ketiga ni saya kurang pasti tetapi mengikut pengalaman saya sebelum-sebelum ni, AirAsia selalu buat promosi (harga tiket turun) pada tengah malam. So, xkisah la bersengkang mata pun untuk beli tiket asalkan dapat pergi dengan tiket murah. Dan kalau ade tiket murah, teruslah beli. Jangan bertangguh lagi. Sebab itu, saya kata anda perlu buat perancangan sebaik-baiknya tentang tarikh, siapa yang nak pergi dsb. Kemungkinan, anda tidak akan dapat harga semurah itu pada keesokan harinya. So, grab it!!!

Macam saya hari tu, harga tiket ke Korea plus minus RM700 pergi balik. Ok la tu kan? Memandangkan kami pergi ramai, xsemua dapat harga yang sama. Sometimes, orang yang ke-6 ke atas akan dapat harga mahal sedikit dari orang yang sebelumnya. Itulah perniagaan....huhuhuhu. Oh ya, harga tiket tidak termasuk harga luggage dan makanan dalam flight ye. Perlu atau tidak kedua-dua ini? Ya, mestilah perlu.

Ok, habis pasal tiket. Maaf, sekiranya tips saya tu kurang betul atau mungkin anda ade tips yang lebih bagus dan menarik tetapi itulah pengalaman saya sebanyak 2 kali sebagai orang yang menempah tiket....

Soalan kedua yang ditanya:

" Mahal tak barang-barang dekat sana ? Matawang Korea macamana? "

Matawang Korea agak tinggi berbanding matawang Malaysia. 

1000 Won = RM 2.92

10,000 won bersamaan lebih kurang RM30

Barang-barang dekat Korea memang mahal, paling mudah saya bagi contoh adalah air susu pisang ni:



Harganya KRW 1,200 bersamaan lebih kurang RM 3.60. Mahal la kan? Harga sebotol air mirinda starwberry pun xsampai 2 ringgit. Kalau kita makan dekat sana, sekurang-kurangnya u all spend RM 45 (KRW 15,000) untuk sekali makan. Kalau stay dekat sana seminggu, alamatnya habis la duit....Jadi, bagaimana kami menikmati juadah di Korea dalam keadaan yang serba mahal ni ? Saya akan ceritakan dalam entri seterusnya......tunggu ye.

Ok lah, sampai disini dlu. Saya akan sambung cerita mengenai Korea dalam next entry....

Regards

NSM

26 March 2013

Korea : " Best tak?"

" Best tak pergi Korea? "

Itulah soalan pertama yang saya terima setelah saya pulang dari Korea.

Jawapannya:

Mesti la best!!! Sangat2 seronok. Bohong la kalau saya kata tak seronok kan? I repeat again, pergi Korea mmg best. Satu pengalaman yang hebat yang pernah berlaku dalam hidup saya......Even I can't express it in words. Saya tak tahu nak mula dari mana. Banyak sangat dalam kepala ni dan tak tahu nk keluarkan yang mane satu.

Jujur saya katakan bahawa Korea mempunyai tarikannya tersendiri. Bukan kerana Korea terkenal dengan artis K-popnya sahaja tapi bila berada disana, saya dapat rasakan Korea memang berbeza dari negara yang lain. Walaupun, saya tak banyak pergi ke negara lain tapi saya dapatkan rasakan perbezaan itu. Inshaa Allah, saya cuba berkongsi pengalaman saya sepanjang berada di sana. 

You know what? I'm planning to go there again for the second time. When???? I'm not sure yet but it is in my planning. Maybe with my family or with some of friends.

Peribahasa Melayu;

" hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri"

Apapun, Malaysia tetap dihati saya. Semasa di Korea, saya really miss my 'home'(Malaysia). Miss my family. Sedikit sebanyak saya dapat merasai kehidupan dan perasaan  orang yang berada jauh di perantauan. Saya cuma pergi seminggu je, dh rindu giler, teringat dkt mak abah, teringat dekat makanan Malaysia. Nak balik cepat...tapi bile start shopping, suma benda tu hilang....ghaib. hahahahaha. 

Orait, tak sabar nak cerita part seterusnya....Coming Soon.

Regards

NSM


19 March 2013

Negara K-pop

Assalamualaikum semua,

Di saat saya menaip isi kandungan entri ni, saya masih di bumi Malaysia. Belum smpai ke airport lg pun...Sekadar berangan depan laptop dan sambil itu menaip....Alhamdulillah, tahun ni saya masih diberi kesempatan untuk mengembara di bumi Allah SWT yang begitu indah ini. Tahun sebelum ni, saya diberi peluang ke negara China, just part of it....

Tahun ni, saya berpeluang ke negara tempat tinggal artis-artis 'kegilaan' remaja sekarang-KOREA. Rase tak sabar nak melihat dan merasai suasana negara yang menjadi lokasi idaman setiap orang. Sebelum2 ni, saya hanya mendengar dan melihat khabar2 mengenai Korea dari orang sekeliling sahaja. Esok, bermulalah pengembaraan saya di bumi Korea. Semoga Allah permudahkan perjalanan saya dan kawan-kawan. Aminnn......


Wait for my next entry....Where the journey will begin....

Regards

NSM

24 February 2013

Sakit: Penghapus Dosa

Ingat lagi tak entry saya mengenai "Charlie Attack". Hari ni saya dikejutkan dengan satu berita yang agak susah nak percaya. Alhamdulillah, nasib baik terbuka pintu hati saya untuk dengar nasihat mak abah dan juga kawan-kawan. Honestly, saya ni seorang yang susah nk ke klinik. Saya lebih suka biarkan penyakit mcm demam, selsema atau batuk atau luka2 ckit tu sembuh sendiri tapi penyakit yang kritikal xde la saya buat macam tu.

Selepas saya kena serang Charlie hari tu, saya ade pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Tetapi malangnya, ubat yang diberi tu tidak menyembuhkan luka saya. Sebaliknya, luka tu menjadi lebih parah. Seakan-akan saya didera dengan seterika panas. Semua pergerakan saya terbatas : Masa solat, saya hanya dapat sujud sekejap je sbb saya rse ade benda menyucuk di bahu. Kalau nak tido, langsung xselesa. Saya tak boleh toleh ke kanan dan kiri dengan pergerakan yang maksimum. Kalau nak toleh mesti kena gerakkan badan sekali. 2-3 hari lpas tu, sakit tu naik ke kepala plak.

Tadi saya pergi ke sebuah klinik lain, Dr ckp luka saya dh parah. Kalau saya xdtg dptkan rawatan td, saya mungkin kena ke hospital. Cell kulit dan juga saluran darah pada bahagian luka tu dh rosak teruk. Pastu Dr tu pun bg ubat yang paling kuat dengan harapan within 3 days, luka saya boleh sembuh. If not, saya kena pergi hospital jugak. Hopefully, xkena pg hospital. Lpas dgr Dr ckp mcm tu, saya xsangka sampai mcm tu sekali situasinya apabila diserang Charlie. Last semester saya kena Charlie, xde la smpai mcm tu sekali....Subhanallah, takutnya. 

Pengajaran untuk diri saya: Lpas ni saya akan lebih concern kalau saya ditimpa penyakit. Dan saya harus ke klinik kalau penyakit tu  tak sembuh-sembuh setelah beberapa hari.

Sesiapa yang belum pernah kena serangan Charlie, be careful tau. Kalau kena je terus pg klinik dan amik ubat. Kalau nasib baik, mybe luka tu xparah. Kalau dah parah mcm saya ni, sapa yang xrisau. So cepat2 la pergi ke klinik dan dapatkan rawatan.

Sakit tu tetap sakit....saat saya menaip entry ni, bahu saya rase menyucuk lagi. Saya anggap ini semua dugaan dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya, xmungkin terlepas daripada ditimpa bencana. Kesakitan itu adalah salah satu daripadanya.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga, penyakit yang menimpa saya sekarang adalah salah satu jalan untuk Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kecil saya....Wallahualam. Amin....

Ubat-ubatan
Kepada mak abah: Nani mnta maaf sbb buat kalian risau. Nani dh pg klinik dan InsyaAllah, ok kot lpas ni. 

NSM

20 February 2013

Charlie Attack !!!!!

Charlie
Astagfirullah, every semester saya mesti kena attack dengan charlie ni. Dugaan...dugaan. Sakitnya bukan cikit tapi terasa pedih yang amat sangat...Ibarat klu kena dekat leher tu susah la nak pusing kepala ke belakang. Rase mcm patah leher plak.

Ramai juga yang belum tahu pasal serangga ni....Setahu saya, serangga ni banyak ditemui di kawasan yang berbukit atau hutan. Al maklumla, desa saya ni atas bukit, maybe sbb tu la kot serangga ni byk. Even mak saya pun xpernah tgk pun serangga ni. Yang saya perasan, serangga ni banyak muncul ketika waktu hujan. 

For those yang belum tahu, serangga ni berbahaya bukan sebab gigitannya tapi serangga ni boleh mengakibatkan gatal-gatal atau luka yang amat pedih pada kulit apabila ianya bersentuhan dengan kulit kita. Lebih-lebih lagi kalau serangga tu berasa terancam. Mengikut cerita-cerita yang saya dapat daripada kawan2, serangga ni mempunyai cecair toxin pada badannya. So, apabila ianya bersentuhan pada kulit, boleh mengakibatkan gatal dan luka.

Nasihat saya kepada semua yang belum kena attack lagi:

- Kalau ternampak charlie, jangan bunuh, picit atau ketuk serangga tersebut tapi elakkannya dengan menggunakan kertas, kain atau selotapekannya dan biarkannya mati dengan sendiri.

- Antara simptom-simpton serangan charlie, anda akan berasa pedih pada bahagian yang bersentuhan dengan charlie dan kulit anda akan merah-kemerahan.

- Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat sapu. Jika dibiarkan, anda akan berasa tidak selesa dan mungkin menjadi lebih parah.

- Jangan duduk berhampiran lampu kerana serangga charlie mudah tertarik kepada cahaya. 

- Pastikan baju, seluar, tudung , cadar, tuala dan tempat-tempat kebiasaan anda bebas daripada serangga ini kerana serangga ini boleh terbang dan kadangkala sukar dilihat.


Sekian, Wassalam......

NSM








17 February 2013

Get Your Spirit


Grab the opportunity  !!!!!!! 

Rebutlah semua peluang yang ada di depan mata. Buat apa nak buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Semua tu hanya merugikan diri sendiri dan sia-sia.

" Saya tak nampak apa-apa peluang yang baik pun?".

Jangan jadi malas.....Dalam setiap diri manusia, Allah SWT telah kurniakan nikmat yang paling baik,bagus.  A.K.A.L Yang mana ianya membezakan kita: manusia dengan makhluk lain. Gunalah akal untuk berfikir sejenak dan mencari peluang itu. 

Contoh sebagai pelajar: Kita sering berasa kecewa dan tidak berpuas hati di saat kita menerima keputusan akademik yang kurang memberangsangkan. Jauh di sudut hati, kita menyalahkan diri sendiri dan orang lain atau perkara2 lain yang menjadi punca "kejatuhan" tu.

"Semua ni gara-gara aku xbaca buku awal la ni".

"Selepas ni, aku xnak terlibat dengan mana-mana persatuan, aku nak fokus pada akademik pulak."

"Result aku turun sebab aku busy sgt dengan aktiviti universiti la ni".

Tolong ye kawan-kawan, jangan letakkan kesalahan tu pada kesibukan berpersatuan, aktiviti universiti, masa dan beberapa situasi 'sedih' yang lain. Setiap orang mendapat masa 24 jam yang sama cuma yang membezakannya adalah cara pengurusannya.

Cuba berfikir kejap.....masa terluang 1-2 jam dipenuhi dengan aktiviti ape? Bohong la xde masa. 

"Jom, lepak kedai xxxxxx, kelas aku pagi je, petang dah xde".

"Wey, relaks la xkan nak balik dah, lepak dlu esokkan xde kelas".

Makan, lepak dan segala perkara yang menggembirakan, ade pulak masa?????? Pelikkan. Sangat pelik. 

"Alah, xkan setiap masa nak baca buku je, tepu la otak".

"Xde life la kalau baca buku je, kena la enjoy jugak".

Saya xkata kita perlu gunakan masa 24 jam tu untuk belajar, relaks tetap relak dan enjoy tetap kita enjoy tapi ade had masanya. Kalau kita rase kita banyak lagi xstudy, banyak subjek yang xcover, gunalah mase free yang banyak tu untuk mengadap buku. 1-2 jam pun ckup la. 

Sebenarnya, banyak lagi situasi yang berlaku disekeliling kita yang boleh dikaitkan dengan peluang depan mata ni. Ramai yang xnampak,xsedar bahawa peluang tu mmg ade. Lebih parah, ada yang sedar peluang tu muncul, tapi mereka lebih mengutamakan 'nafsu' hiburan yang menjadi "PEMBURU MASA" tanpa kita sedari. Maka berhati-hati, berwaspada dan jauhilah si pemburu masa ini.

InsyaAllah, tahun ni merupakan tahun akhir saya di USM. Tak lama agy saya akan memegang skrol Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, walaupun saya sibuk dengan aktiviti2 persatuan, setakat ini Allah SWT murahkan rezeki saya. Saya dapatkan rasakan bahawa ilmu saya bertambah-tambah sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan semester akhir ni lebih baik dari yang lepas. Amin.

So, lets build our spirit to fight for and to find then grab the opportunity 

Wassalam.....

NSM








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friends