![]() |
| Charlie |
Astagfirullah, every semester saya mesti kena attack dengan charlie ni. Dugaan...dugaan. Sakitnya bukan cikit tapi terasa pedih yang amat sangat...Ibarat klu kena dekat leher tu susah la nak pusing kepala ke belakang. Rase mcm patah leher plak.
Ramai juga yang belum tahu pasal serangga ni....Setahu saya, serangga ni banyak ditemui di kawasan yang berbukit atau hutan. Al maklumla, desa saya ni atas bukit, maybe sbb tu la kot serangga ni byk. Even mak saya pun xpernah tgk pun serangga ni. Yang saya perasan, serangga ni banyak muncul ketika waktu hujan.
For those yang belum tahu, serangga ni berbahaya bukan sebab gigitannya tapi serangga ni boleh mengakibatkan gatal-gatal atau luka yang amat pedih pada kulit apabila ianya bersentuhan dengan kulit kita. Lebih-lebih lagi kalau serangga tu berasa terancam. Mengikut cerita-cerita yang saya dapat daripada kawan2, serangga ni mempunyai cecair toxin pada badannya. So, apabila ianya bersentuhan pada kulit, boleh mengakibatkan gatal dan luka.
Nasihat saya kepada semua yang belum kena attack lagi:
- Kalau ternampak charlie, jangan bunuh, picit atau ketuk serangga tersebut tapi elakkannya dengan menggunakan kertas, kain atau selotapekannya dan biarkannya mati dengan sendiri.
- Antara simptom-simpton serangan charlie, anda akan berasa pedih pada bahagian yang bersentuhan dengan charlie dan kulit anda akan merah-kemerahan.
- Segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat sapu. Jika dibiarkan, anda akan berasa tidak selesa dan mungkin menjadi lebih parah.
- Jangan duduk berhampiran lampu kerana serangga charlie mudah tertarik kepada cahaya.
- Pastikan baju, seluar, tudung , cadar, tuala dan tempat-tempat kebiasaan anda bebas daripada serangga ini kerana serangga ini boleh terbang dan kadangkala sukar dilihat.
Sekian, Wassalam......
NSM

No comments:
Post a Comment