Me, Myself and I

My photo
Bandar Seri Iskandar, Perak, Malaysia
I'm just a simple person that always want to learn, ready to learn and share what i have learn with others

17 February 2013

Get Your Spirit


Grab the opportunity  !!!!!!! 

Rebutlah semua peluang yang ada di depan mata. Buat apa nak buang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Semua tu hanya merugikan diri sendiri dan sia-sia.

" Saya tak nampak apa-apa peluang yang baik pun?".

Jangan jadi malas.....Dalam setiap diri manusia, Allah SWT telah kurniakan nikmat yang paling baik,bagus.  A.K.A.L Yang mana ianya membezakan kita: manusia dengan makhluk lain. Gunalah akal untuk berfikir sejenak dan mencari peluang itu. 

Contoh sebagai pelajar: Kita sering berasa kecewa dan tidak berpuas hati di saat kita menerima keputusan akademik yang kurang memberangsangkan. Jauh di sudut hati, kita menyalahkan diri sendiri dan orang lain atau perkara2 lain yang menjadi punca "kejatuhan" tu.

"Semua ni gara-gara aku xbaca buku awal la ni".

"Selepas ni, aku xnak terlibat dengan mana-mana persatuan, aku nak fokus pada akademik pulak."

"Result aku turun sebab aku busy sgt dengan aktiviti universiti la ni".

Tolong ye kawan-kawan, jangan letakkan kesalahan tu pada kesibukan berpersatuan, aktiviti universiti, masa dan beberapa situasi 'sedih' yang lain. Setiap orang mendapat masa 24 jam yang sama cuma yang membezakannya adalah cara pengurusannya.

Cuba berfikir kejap.....masa terluang 1-2 jam dipenuhi dengan aktiviti ape? Bohong la xde masa. 

"Jom, lepak kedai xxxxxx, kelas aku pagi je, petang dah xde".

"Wey, relaks la xkan nak balik dah, lepak dlu esokkan xde kelas".

Makan, lepak dan segala perkara yang menggembirakan, ade pulak masa?????? Pelikkan. Sangat pelik. 

"Alah, xkan setiap masa nak baca buku je, tepu la otak".

"Xde life la kalau baca buku je, kena la enjoy jugak".

Saya xkata kita perlu gunakan masa 24 jam tu untuk belajar, relaks tetap relak dan enjoy tetap kita enjoy tapi ade had masanya. Kalau kita rase kita banyak lagi xstudy, banyak subjek yang xcover, gunalah mase free yang banyak tu untuk mengadap buku. 1-2 jam pun ckup la. 

Sebenarnya, banyak lagi situasi yang berlaku disekeliling kita yang boleh dikaitkan dengan peluang depan mata ni. Ramai yang xnampak,xsedar bahawa peluang tu mmg ade. Lebih parah, ada yang sedar peluang tu muncul, tapi mereka lebih mengutamakan 'nafsu' hiburan yang menjadi "PEMBURU MASA" tanpa kita sedari. Maka berhati-hati, berwaspada dan jauhilah si pemburu masa ini.

InsyaAllah, tahun ni merupakan tahun akhir saya di USM. Tak lama agy saya akan memegang skrol Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, walaupun saya sibuk dengan aktiviti2 persatuan, setakat ini Allah SWT murahkan rezeki saya. Saya dapatkan rasakan bahawa ilmu saya bertambah-tambah sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan semester akhir ni lebih baik dari yang lepas. Amin.

So, lets build our spirit to fight for and to find then grab the opportunity 

Wassalam.....

NSM








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friends