Me, Myself and I

My photo
Bandar Seri Iskandar, Perak, Malaysia
I'm just a simple person that always want to learn, ready to learn and share what i have learn with others

24 February 2013

Sakit: Penghapus Dosa

Ingat lagi tak entry saya mengenai "Charlie Attack". Hari ni saya dikejutkan dengan satu berita yang agak susah nak percaya. Alhamdulillah, nasib baik terbuka pintu hati saya untuk dengar nasihat mak abah dan juga kawan-kawan. Honestly, saya ni seorang yang susah nk ke klinik. Saya lebih suka biarkan penyakit mcm demam, selsema atau batuk atau luka2 ckit tu sembuh sendiri tapi penyakit yang kritikal xde la saya buat macam tu.

Selepas saya kena serang Charlie hari tu, saya ade pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat. Tetapi malangnya, ubat yang diberi tu tidak menyembuhkan luka saya. Sebaliknya, luka tu menjadi lebih parah. Seakan-akan saya didera dengan seterika panas. Semua pergerakan saya terbatas : Masa solat, saya hanya dapat sujud sekejap je sbb saya rse ade benda menyucuk di bahu. Kalau nak tido, langsung xselesa. Saya tak boleh toleh ke kanan dan kiri dengan pergerakan yang maksimum. Kalau nak toleh mesti kena gerakkan badan sekali. 2-3 hari lpas tu, sakit tu naik ke kepala plak.

Tadi saya pergi ke sebuah klinik lain, Dr ckp luka saya dh parah. Kalau saya xdtg dptkan rawatan td, saya mungkin kena ke hospital. Cell kulit dan juga saluran darah pada bahagian luka tu dh rosak teruk. Pastu Dr tu pun bg ubat yang paling kuat dengan harapan within 3 days, luka saya boleh sembuh. If not, saya kena pergi hospital jugak. Hopefully, xkena pg hospital. Lpas dgr Dr ckp mcm tu, saya xsangka sampai mcm tu sekali situasinya apabila diserang Charlie. Last semester saya kena Charlie, xde la smpai mcm tu sekali....Subhanallah, takutnya. 

Pengajaran untuk diri saya: Lpas ni saya akan lebih concern kalau saya ditimpa penyakit. Dan saya harus ke klinik kalau penyakit tu  tak sembuh-sembuh setelah beberapa hari.

Sesiapa yang belum pernah kena serangan Charlie, be careful tau. Kalau kena je terus pg klinik dan amik ubat. Kalau nasib baik, mybe luka tu xparah. Kalau dah parah mcm saya ni, sapa yang xrisau. So cepat2 la pergi ke klinik dan dapatkan rawatan.

Sakit tu tetap sakit....saat saya menaip entry ni, bahu saya rase menyucuk lagi. Saya anggap ini semua dugaan dari Allah SWT. Kita sebagai hambaNya, xmungkin terlepas daripada ditimpa bencana. Kesakitan itu adalah salah satu daripadanya.

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga, penyakit yang menimpa saya sekarang adalah salah satu jalan untuk Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kecil saya....Wallahualam. Amin....

Ubat-ubatan
Kepada mak abah: Nani mnta maaf sbb buat kalian risau. Nani dh pg klinik dan InsyaAllah, ok kot lpas ni. 

NSM

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friends